Thursday, May 31, 2012

Pelik Tetapi Benar


Saya merasa sangat pelik.  Saya masih mencari jawapan.  Puas saya selongkar laci, membongkok di bawah meja dan kadang-kala saya menyelak-nyelak di celahan helaian rambut saya.

Ia bukan kutu tetapi membuat saya menggaru kepala.  Ia bukan juga kudis tetapi terasa membengkak.  Ia bisa membuat telinga berdesing.

Saya hairan mengapakah manusia ini begitu takut dengan undang-undang rekaannya sendiri?

Saya takjub apabila manusia begitu patuh pada peraturan ketat lagi menyusahkan dirinya?

Saya juga merasa pelik manusia begitu mengambil berat apabila terma-terma ciptaannya tidak diendahkan.  

Padahal peraturan-peraturan ini hanyalah sementara.  Selagi tidak menyusahkan orang lain, masih tidak apa jika tidak dipatuhi.  Sedangkan peraturan-peraturan Allah jika tidak dipatuhi hukumannya kekal di alam sana.

Tiada peluang untuk kembali.

Noktah.

Hidup yang terasa panjang ini sebenarnya hanyalah sebentar sahaja.

Sungguh.  








2 comments on "Pelik Tetapi Benar"

Siti R on Sun Jun 03, 10:24:00 AM said...

Entah kenapa masa breakfast tadi aku teringat cakap bekas CEO co. aku (eh, macam co. itu aku yg punya..haha!). Katanya, "If we cannot break the rules, we bent it."

Eh, apa kena-mengena pulak dgn entry ni ye? Ermm..maksudnya undang2 manusia tu boleh diingkari. Kalau tidak boleh langgar, kita cilok la, beb!

Oh, aku dah ingat sbb apa aku teringat kata2 beliau itu. Sebab aku sedang mengarang perkara2 yg aku tak boleh lupa masa buat umrah dulu dalam kepala...hehehe!
*Nak tulis ke tak, nak tulis ke tak...aihh!*

Kurma on Sun Jun 03, 04:50:00 PM said...

Ko dah cakap tu ko kena tulis.. kalau tak nanti aku mengidam tak tido malam...!

 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates