Walaupun saya orang IT, saya juga manusia. Saya telah terpadam satu posting hari ini. Jadi saya kena taip semula. Perasaan saya ketika ini, seperti minum air kosong ketika tidak haus (mencilok ungkapan Tuan Bahruddin Bekri dalam buku Penulis Yang Disayang Tuhan).
Sebenarnya, saya hendak cerita tentang logik dalam membuat kesimpulan.
Contoh 1
Premis 1 : Kelas A pandai
Premis 2 : Ahmad pandai.
Kesimpulan : Ahmad dari Kelas A (Kesimpulan ini salah kerana tidak semestinya Ahmad dari Kelas A dan tidak semestinya hanya kelas A yang pandai).
Contoh 2
Premis 1 : Kelas A pandai
Premis 2 : Ahmad dari Kelas A
Kesimpulan : Ahmad pandai (Kesimpulan ini betul kerana Ahmad dari kelas A dan sudah dinyatakan Kelas A pandai).
Dalam mentafsir hadith, kita mesti berhati-hati supaya tidak membuat generalization seperti Contoh 1 di atas. Eloklah kita berguru dengan yang alim dalam bidang tersebut.
Huii... tawarnyaaa air ni! Rasa sudah tidak boleh telan. Ok..chow!
4 comments on "Pengakuan & Berhati-hati "
Deep ni deep..
Ye.. betul tu.. Deep Purple (sebab hari ini aku pakai baju warna purple)
Oh, purple warna yg bagus...ia boleh merangsang daya kreativiti dan imaginasi. Utk bilik bacaan/bilik utk menulis, sgt sesuai dicat dgn warna purple *tetiba*
Aku tau maksud ko tu.. aku tau...
Post a Comment