Tuesday, May 29, 2007

Tidur Asing-asing

2 comments
Dah 2 malam berturut-turut Yana tidur kat bilik dia. Malam semalam dia bangun nak minum susu, langsung dia panjat katil kitorang tak balik-balik bilik dia dah. Aku pulak lepas bancuhkan dia susu, aku yang tidur kat bilik dia hehe.. rugila ubat nyamuk baik aku tidur situ.

Malam tadi aku ingat nak temankan dia sekejap. Aku tidur la kat bawah katil dia. Tau-tau sampai nak ke pagi aku tidur kat situ. Bila aku sedar, aku tengok kat luar, Abangku tidur depan tv. Anak beranak tidur bersepah-sepah. Aku sambung je la tidur semula kat kaki katil Yana.

Tak lama lepas tu, gedebub.. Yana jatuh atas kaki aku. Aku pun terjeritlah, "Anak aku!".. tapi dalam gelap tu aku nampak dia dengan selamba panjat katil semula dan sambung tidur. Nasib baik jugak aku memang letak comforter kat tepi katil tu..hehe.. Sampaila pagi tadi baru dia bangun. Maknanya Yana dah boleh tidur sendiri hehe..

Bukan apa, dia dah nak ada adik, sudahla bilik aku tu sempit, dia pulak tidur lasak, jadi baiklah dia tidur bilik dia sendiri. Aku plan nak letak glow in the dark stars kee.. bagi menarik sikit bilik anak dara tu. Tampal-tampal gambar ke.. nantilah aku plan.

Saturday, May 12, 2007

Dilema Hari Ibu

3 comments
Letih aku malam tadi. Tak lena aku tidur malam dibuatnya. Aku sebenarnya bukanlah jenis sambut sangat Mother's Day ni. Bagi aku setiap hari pun adalah Hari Ibu sebab hari-hari mesti doakan dia dan berbuat baik sentiasa kepadanya. Dan selalu pun aku hanya sms je mak aku, atau call je bagitahu Selamat Hari Ibu, sambil tersengih-sengih macam kerang busuk sebab budaya dalam keluarga aku ni takdela nak memaksa kitorang sambut beria. Hari jadi pun kitorang takde sambut. Siapa ingat sape-sape punya birthday tu, wish je la.. rajin sikit bagi hadiah. Kalau tak ingat takde jadi kudis pun.. takde nak kecik hati punya.

Tapi, semalam adik aku ajak balik kampung sambut Hari Ibu. Dah dia ajak tu tak sedap hati pulak. Aku memang takde plan nak balik kampung sebab aku baru balik. Lagipun masa balik haritu (memang balik hari je).. aku dah cakap kat Abangku, bulan depanla baru balik. Tapi, aku rasa macam kesian pulak kat adik aku. Tambah pulak selama ni asik sambut Hari Ibu di rumah mentua, so aku rasa takpela balik kampung. Syukurla Abangku memahami.

Aku dengan adik aku plan, malam Sabtu nak makan besar di Sg. Haji Dorani. Hari Ahad masakla apa2 konon2 special. Skali tup-tup aku dapat SMS dari adik aku dia kata mak aku tak teringin langsung makan luar. Padahal aku cakap kat dia jangan susah2 masak ari Sabtu tu. Aku dan Abangku dan adik aku ni memang teringin sangat nak makan kat Sg. Hj Dorani tu dari masa Abah aku masih bernyawa lagi. Teringin sangat2 tapi tiap kali nak pergi mak aku masak so kitorang tak payah keluar. Terpaksala kami semua mengalah. Tapi ni dah bagitau awal2 pun dia masih nak masak juga.

Lepas tu hati aku bengkak lagi aku dapat sms dari adik aku, dia kata mak aku cakap patutnya anak2 yang masak untuk mak. Aku rasa sedih la plak, apa salahnya malam Ahad makan luar, hari Ahad kitorang masak, memang nak masak pun. Walau aku kecik hati juga, tapi aku cuba carik rasional di sebalik semua ni. Aku fikir, masa aku kecik mak aku mungkin seperti aku menahan tekak dan selera untuk memenuhi selera anak-anak yang ramai. Kenapa aku tak boleh pulak tunaikan apa dia nak walaupun aku terpaksa berkorban tak merasa nak makan kat Sg. Hj Dorani tu, kan? Cuma aku terfikir, adalah lebih baik untuk aku tidak menyambut Hari Ibu kalau sambutan tu buat hati mak aku terluka ke apa ke. Selama ni tak sambut takde pun jadi pape dan jadi isu. Aku taktau nak balik kampung ke tak, cuma aku rasa aku kena balik sebab aku dah plan dengan adik-adik aku, kesian pulak kat diorang.

Tiba-tiba aku dapat berita hari ni (Sabtu), pakcik aku masuk hospital kat KL ni. So aku terus buat keputusan, tak jadi balik, baik aku lawat pakcik aku. Mak aku pun suruh, so aku rasa itu lebih membahagiakan dia dan sure takkan jadi isu. Mak aku pun akan datang KL esok dengan adik-adik aku, dan tiba-tiba aku dapat idea, Hari Ibu masih boleh disambut di rumah aku, dan kitorang boleh masakla apa-apa pun.

Hmm.. yang penting kita tahu camna nak handle situasi dan pergunakan situasi yang dah diberi pada kita hehe.. Cuma aku rasa geram jugak kat adik aku sorang ni bila aku baru tau, mak aku keluarkan ayat "patutnya anak-anak masak untuk mak" sebab adik aku tu sendiri yang gatal-gatal gurau kat mak aku suruh mak aku masak. Padahal tadi dia yang tak bagi jugak mak aku masak sebab nak makan kat Sg Hj. Dorani. Tapi adik aku ni boleh cerita separuh2 je kat aku.. mati-mati aku ingat mak aku cakap camtu sebab kecik hati. Adik aku bila dah tau aku kecik hati boleh pulak tak explain kenapa mak aku kuarkan remark tu. Patutnya benda ni tak jadi isu pun, tapi sebab adik aku dah jadi isu.. haii geram gak aku ni..

Sabar..sabar.. apply 90/10 rule.. sabar..sabar..

Tuesday, April 03, 2007

Prinsip 90/10

1 comments
Beberapa hari lepas aku mendapat satu artikel yang ditulis oleh seseorang bernama Stephen Covey. Artikel ni mengenai prinsip 90/10. Menurut penulis, 10% perkara yang berlaku di dalam hidup kita ni tidak dapat kita kawal. Selebihnya sebanyak 90% merupakan hasil daripada respon kita terhadap perkara-perkara yang bukan dalam kawalan kita. YA! kitalah penyebab majoriti yang berlaku dalam kehidupan kita.

Aku memanjangkan artikel tu kepada kawan-kawan dan mereka semua kata, memang betul apa yang ditulis tu. Sekarang ni, kami semua sedang berusaha untuk mengawal keadaan dan belajar untuk bertindak dengan bijak terhadap apa yang berlaku. Kehidupan kita begitu banyak tekanan dan adakalanya tekanan itu datang dari cara kita bertindak terhadap sesuatu perkara. Tekanan itu datangnya dari diri kita sendiri.

Adakah kita boleh mengawal kelancaran trafik sewaktu pagi-pagi kita hendak pergi kerja? Tidak, bukan? Jadi haruskah kita marah-marah dan membunyikan hon yang akan menyebabkan jiwa kita dan jiwa pemandu lain sakit? Kenapa tidak kita terima sahaja keadaan itu, relaks dan mendengar lagu-lagu yang menenangkan di corong radio? Atau kita boleh sahaja mengambil masa itu untuk merancang kerja di pejabat?

Ketika ini aku ingin mempraktikkan prinsip ini dalam kehidupanku sebagai isteri dan ibu. Melayan kerenah anak yang kurang akalnya memang menguji kesabaran. Kadang-kala aku merasakan aku tidak dapat berehat atau tidur lena sejak bergelar ibu. Tekanan perasaan meluap-luap. Adakah boleh aku berpatah balik untuk menjadi seorang single? Adakah aku akan gembira sekiranya aku masih sendirian? Lain orang, lain perancangan untuk mereka, dan apa yang sedang aku alami ini, berkahwin dan mempunyai anak, sesungguhnya bukanlah di dalam kawalanku. Tidak! Ini adalah perjalanan hidupku dan aku wajib menerimanya. Apa yang diberi padaku, itulah yang terbaik buatku. Bagaimana aku nak handle pemberian-pemberian ini, itulah yang aku harus tentukan. Dan aku memilih untuk merasa bahagia dan menerima sepenuhnya pemberian ini selagi aku diberi peluang.

Saturday, February 24, 2007

Jujur

1 comments

Lagu Jujur dari Kumpulan Radja mempunyai lirik yang menyentuh hati aku jugak. Apsal posting aku ni asyik tersentuh-sentuh je ni.. takpela layan perasaan sekali sekala apa salahnya. Siapa lagi nak layan kalau bukan diri sendiri?


Jujur

Duhai kekasih pujaan hati ku
Dapat kah kau memberi ku satu arti
Sedikit rasa yang bisa ku mengerti
bukan sumpah atau janji

***
Bukti kan lah bila kau ada cinta
Setulus hati mu bisa memerima
Sebatas kejujuran yang kau miliki
Bukan sekedar bersama.....

Reef:
Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkankah aku bila tak mungkin bersama
jauhi diriku lupakanlah aku oh..oh..oh

Jujur lah padaku
Bila kau tak lagi suka
Tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
selamanya....

Friday, February 23, 2007

Merisik Khabar

0 comments
Semalam 22 Februari 2007 genaplah 15 tahun pemergian Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Pagi ni bila aku bukak TV3, Malaysia Hari Ini mengutarakan isu tentang Allahyarham. Macam-macam rupanya cerita tentang Allahyarham yang begitu menarik sekali. Allahyarham bukan sahaja seorang penghibur berkaliber, tetapi juga seorang yang berjiwa patriotik. Aku baru tahu rupanya Allahyarham pernah mengadakan konsert secara percuma yang dihadiri berpuluh-puluh ribu orang di Jalan Chow Kit. Apa yang menariknya, konsert tu dihadiri oleh berbagai bangsa dan sememangnya peminat Allahyarham terdiri dari seluruh rakyat Malaysia. Aku juga tadi ada dengar, menurut pengacara MHI si Fedtri tu, ada seorang pencopet cuba nak copet duit Allahyarham. Tapi setelah mengetahui orang yang dicopet itu adalah Sudirman, pencopet tu boleh pulangkan semula wang kepada Allahyarham. Pencuri pun sayang kat dia..

Apa-apa pun sebenarnya aku begitu tertarik dengan lagu Merisik Khabar semasa dipasangkan pagi tadi. Lagu ini yang dibawakan oleh Allahyarham semasa Pertandingan Akhir Muzik-Muzik 1987 membolehkan Allahyarham menjuarai Persembahan Terbaik ketika itu.

Aku amati liriknya sememangnya menyentuh kalbu. Aku rasa lirik ni kena dengan aku.. ketika ini dan sebelum ini. Merisik khabar dalam diam, dan memendam rasa kepedihan hati. Aku tak dapat meluahkannya di sini, biarlah aku simpan sendiri. Biarlah hanya Tuhan sahaja yang mengubati luka aku.. dan aku tau hanya Dia yang memahami dilemaku.

Merisik Khabar

Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu...

Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu...

( korus )
Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Kemana pergi, harga diri ini
Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari
Bersama luka dihati

Mengapa aku jadi tak menentu
Kerana mu...

 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates